Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum W.B.T....Alhamdulillah saya dapat membina sebuah blog yang mana diharapkan dapat memberi manfaat buat semua :)
Sebagai mukaddimahnya, blog ini mengupas apa yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar dan perkara yang terkandung dalam kemahiran belajar.. Hope you guys enjoy...
1) Apakah
yang dimaksudkan Kemahiran Belajar ?
Sebelum kita mengupas lebih lanjut tentang
kemahiran belajar apa salahnya kita merungkai dahulu apa yang dimaksudkan
dengan kemahiran belajar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3 kemahiran itu boleh
diintepretasikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala belajar itu pula
boleh diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran . Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan
luar yang berhubungkait dengan organ-organ deria yang mana mampu merangsang
otak untuk mengaplikasikan sesuatu ilmu pengetahuan yang diperoleh dari dunia
luar.
Dengan kata lain belajar ini boleh juga
diertikan sebagai proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk
mendapatkan sesuatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhannya.
Dalam pada itu juga belajar juga adalah salah satu kemahiran seseorang itu
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dan menjadikan
ilmu pengetahuan dan pengalaman tersebut sebagai titik tolak ke arah perubahan
atau peningkatan pengetahuan dan kemahiran.
Namun begitu, walaupun belajar itu
merupakan suatu kewajipan pada zaman sekarang ini tetapi segelintir masyarakat
pada zaman ini masih tersilap yang proses pembelajaran itu bukan hanya berlaku
di dalam kelas sahaja dan bukan bersama guru sahaja ataupun di sekolah tetapi
proses belajar itu boleh berlaku dimana-mana sahaja. Sebagai contoh yang jelas, sejak dari
kecil lagi kita sudah mula belajar bertutur di rumah walaupun pembelajaran
secara tidak formal.
Manakala definisi kemahiran belajar
diintepretasikan sebagai proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama
guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai pendapat dan dan kajian yang telah diketengahkan
oleh Abdul Razak Habib pada tahun 2002 iaitu kemahiran belajar ini merujuk
kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang
diamalkan oleh pelajar bagi memperoleh hasil pembelajaran tertentu.
Seterusnya hasil kajian Dunn dan Dunn
pada tahun 1992 menyatakan bahawa pelajar yang lebih cemerlang akademiknya
lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif dan mempunyai teknik belajar
yang berkesan. Oleh itu, kemahiran yang berkesan dan praktikal wajar untuk diketengahkan
kepada para pelajar supaya pembelajaran mereka lebih berkesan dan sistematik.
Menurut Selmes pada tahun 1987 kemahiran
belajar ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mengumpul,
menilai, menyusun , mencari ,memilih ,menyimpan dan menyampaikan ilmu
pengetahuan . Kemahiran belajar merupakan keupayaan dan kecekapan seseorang
pelajar itu mengumpul, menyimpan dan memproses maklumat serta menuju ke arah
proses pembelajaran seumur hidup.
Kesimpulannya ,kemahiran belajar yang
progresif dan berkesan seharusnya diamalkan oleh setiap pelajar agar tidak
menimbulkan masalah dalam proses pembelajaran samada di sekolah mahupun
dimana-mana sahaja . Oleh itu, gunalah kemahiran belajar yang berkesan agar
pencapaian akademik akan terus cemerlang disamping disiplin diri dan pengurusan
masa yang sistematik dan berkesan.
2) Senaraikan
jenis-jenis Kemahiran Belajar.
Kemahiran
Mendengar
Kemahiran
Membaca
Kemahiran
Berfikir
Kemahiran
Mengurus Masa
Kemahiran
Mencatat Nota
Kemahiran
Bertutur
Kemahiran
Menulis
Kemahiran
Perpustakaan
3) Terangkan
setiap jenis Kemahiran Belajar beserta contoh-contoh yang releven.
Kemahiran
Mendengar
Kemahiran mendengar adalah salah satu
daripada kemahiran belajar yang paling asas dan yang paling penting diamalkan
secara berterusan . Kemahiran mendengar ini melibatkan pemerhatian teliti
sesuatu demonstrasi, tulisan dan lakonan, gerak badan serta mendengar secara lisan
maklumat yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh seorang pelajar fokus dalam
mendengar apa yang diberitahu oleh guru dan membuat catatan dalam bentuk peta
minda supaya membuatkan otak lebih tertarik dengan nota tersebut dan seterusnya
meningkatkan keupayaan otak supaya lebih aktif.
Kemahiran
Membaca
Kemahiran membaca juga merupkan salah satu
daripada kemahiran asas belajar yang paling penting dalam proses pembelajaran
dalam kehidupan seorang pelajar. Sejak dari kecil kita didedahkan dengan pembacaan
buku-buku yang asas .Tetapi pembacaan itulah yang menjadi titik tolak kita
sekarang ini sebelum kita pandai membaca . Semuanya ini bermula dari ABC .Semua
orang bermula daripada sesuatu yang asas. Jadi kemahiran membaca itu penting
dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang arkitek yang berjaya sekalipun semuanya
bermula daripada kemahiran asas ini. Kemahiran ini tidak boleh di pandang remeh
oleh para pelajar walaupun kemahiran ini yang paling asas. Ini memerlukan
kaedah dan teknik yang lebih efisyen agar pembacaan lebih berkesan dan meresap
ke dalam minda. Sebagai contoh yang dapat kita lihat kemahiran membaca itu
lebih berkait rapat dengan kemahiran mencatat nota. Jadi pembacaan itu akan
lebih berkesan sekiranya ada catatan yang dilakukan.
Kemahiran
Berfikir
Kemahiran berfikir adalah salah satu
kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang
memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat
,konsep atau idea secara yang teratur membuat kesimpulan atau keputusan yang
tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Menurut pandangan islam,
fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan
beroperasi.Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
Kemahiran
Mengurus Masa
Kemahiran Mengurus masa adalah kemahiran
seorang pelajar itu mengurus masa secara sistematik. Pengurusan masa yang sistematik
itu bukan sahaja membuatkan masa seseorang pelajar itu terurus dan tersusun
namun membuatkan seseorang pelajar itu lebih berdisiplin dalam menguruskan masa-masa
seorang pelajar. Secara sistematiknya sesorang pelajar itu mempunyai jadual
belajar yang sistematik dan berkesan yang mana jadual itu dapat diikuti dan
dipatuhi oleh sesorang pelajar. Contoh yang paling dekat yang dalam kehidupan
seorang pelajar ialah dengan adanya jadual belajar yang efektif membuatkan masa
seseorang pelajar itu lebih berkesan.
Kemahiran
Mencatat Nota
Kemahiran mencatat nota ini
berhubungkait rapat dengan kemahiran membaca dan mendengar. Ini kerana
kemahiran membaca itu perlu dikaitkan dengan nota kerana apa yang dibaca
semestinya dicatat agar boleh dibuat rujukan pada bila-bila masa. Nota yang
paling berkesan boleh dibuat dalam bentuk peta minda dan berwarna-warni. Ini
kerana otak lebih berminat kepada sesuatu yang menarik dan bermula dari tengah.
Kemahiran mencatat nota merupakan salah satu kemahiran yang patut dikuasai oleh
setiap pelajar kerana isi-isi penting dan input yang berguna patut dicata dan
sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai maka ini menjadi salah satu masalah
kepada seorang pelajar. Ini kerana apa yang kita baca kita mudah lupa tetapi
apa yang kita tulis kekal selamanya.
Kemahiran
Bertutur
Kemahiran bertutur ialah kegiatan
melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan ( articulator)
manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa
. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta
oleh pelajar tetapi mesti di tiru dan di ajuk. Model pertuturan yang lemah akan
menghasilkan ajukan lemah. Sementara
model yang terbaik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik.
Kemahiran
Menulis
Secara umumnya menulis merupakan perlakuan
menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang
ideamahupun pernyataan. Sebenarnya menulis bermaksud kegiatan simbolik
–simbolik grafik yang d isusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan
–perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa
yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi disamping sebagai alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan.
Kemahiran
Perpustakaan
Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat
yang dikehendaki. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari
maklumat yang dikehendaki di perpustakaan bagi menyiapkan tugasan mereka dengan
lebih lengkap. Kemahiran perpustakaan ini melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi
bahan rujukan dan kemahiran dalam merujuk kad katalog atau komputer dan
mendapatkan buku rujukan daripada rak-rak yang berkaitan di perpustakaan.
4) Pilih
satu daripada jenis-jenis Kemahiran Belajar yang telah anda bincangkan dan beri
justifikasi mengapa anda memilih kemahiran tersebut.
Kemahiran
Membaca
Saya memilih kemahiran membaca ini adalah
kerana bagi saya kemahiran ini adalah kemahiran yang sangat penting dan yang
paling asas dalam kemahiran belajar itu. Ini kerana kemahiran ini juga banyak
berkait rapat dengan kemahiran lain sebagai contoh apabila seseorang pelajar
itu membaca seterusnya mereka akan mencatat nota.menulis , dan mengingat. Jadi
daripada contoh di atas kita boleh kaitkan yang kemahiran membaca itu amat
penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Tanpa pembacaan dan ilmu pengetahuan
siapalah kita sebagai seorang pelajar.
Bacaan merupakan pemilihan dan
penggunaan tanda saran bacaan bahasa yang terbina melalui daya pengamatan berdasarkan
harapan seorang pembaca. Tetapi keberkesanan pembacaan dalam seseorang pelajar
itu amat penting. Ini kerana pembacaan yang berkesan akan memberikan input yang
berguna kepada seorang pelajar. Oleh itu, pembacaan buku yang berbeza
memerlukan sesuatu kaedah yang berbeza. Jadi sebagai seorang pelajar ,kaedah
pembacaan yang berkesan amat diperlukan untuk kaedah pembelajaran yang berkesan
dan bersistematik.
Mengikut kajian Anderson dalam buku (
Abd.Ghani,1996 ; 25) bergantung kepada kecekapan bacaan dan kefahaman. Beliau
menyatakan terdapat tiga penentuan yang perlu dibuat untuk memanfaatkan
pembacaan iaitu menentukan tujuan sebelum membaca, menilai bahan bacaan dan
menentukan teknik apakah yang bersesuaian dengan bahan bacaan untuk mencapai objektif
bacaan. Seperti yang dicadangkan oleh beliau pada pendapat saya cadangan beliau
adalah releven bagi kita semua khususnya
sebagai seorang pelajar. Antara cadangan yang kita boleh ambil sebagai seorang
pelajar ialah :
1. Membaca dengan menyebut perkataan terutamanya
pada peringkat permulaan membaca dan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah.
2. Membaca dalam hati seperti menyebut perkataan
tetapi perkataan tersebut tak terjelma dalam bentuk suara.
3. Memberi tumpuan kepada satu-satu perkataan.
4. Membaca berulang kali.
Walaupun kaedah-kaedah tersebut berkesan tetapi itu
bergantung kepada individu itu sendiri. Namun bagi pelajar yang pintar kaedah
ini tidak lagi releven untuk digunakan bagi mereka. Kaedah ini hanya releven digunakan
bagi pelajar yang sederhana. Tetapi ini merupakan salah satu cara yang berkesan
bagi meningkatkan cara pembacaan bagi pelajar yang sederhana.
Selain
itu, membaca adalah satu proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang
mengenai bacaan dan pembelajaran kita itu. Namun begitu, dengan membaca
bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya
hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal dan di ulangkaji. Jadi kita
sebagai seorang sebagai pelajar yang mempunyai tahap yang berbeza seharusnya
mempraktikkan sesuatu kaedah pembacaan yang berkesan agar dapat menarik minat
otak supaya cara pembacaan lebih memberi
kesan pada otak.
Ini kerana
pada zaman sekarang ini kebanyakannya pelajar lebih cepat letih apabila terpaksa
menghadap buku dalam keadaan yang agak lama. Jadi, sebagai seorang pelajar kita
seharusnya bukan sahaja membaca tetapi mempraktikkan sekali tangan untuk
bergerak dan kemahiran membaca sekaligus bergabung dengan kemahiran mencatat
nota agar tidak seperti mencurahkan air ke daun keladi. Jadi untuk mengambil
sesuatu yang efektif kita seharusnya menggabungkan dua kemahiran dalam satu
masa. Oleh itu, untuk lebih menjimatkan masa dan tenaga dan secara tidak
langsung termasuk dalam kemahiran pengurusan masa.
Kesimpulannya,
kemahiran membaca sangat penting kerana kemahiran ini adalah sangat asas dan
sangat penting untuk para pelajar. Tetapi apa yang paling penting pendedahan
ini seharusnya diberikan kepada pelajar sejak mereka dari setahun jagung lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika di didik dengan kaedah
pembacaan yang betul dan berkesan insyaAllah meraka memperaktikkan sampai
bila-bila. Dan ini bukan sahaja dapat mencapi konsep pembacaan yang berkesan
namun dapat melonjakkan kecemerlangan akademik seseorang pelajar itu. Jadi saya
menyeru pada semua agar mempelajari kaedah pembacaan yang berkesan disamping
dapat memajukan kecemerlangan diri.
5) Pada
pandangan anda, adakah Kemahiran Belajar ini releven dalam dunia pendidikan
masa kini . Berikan komen anda.
Pada pandangan saya kemahiran ini masih
releven dan akan releven buat selama-lamanya kerana bagi saya kemahiran belajar
ini tetap diperlukan pada masa kini kerana walaupun dunia sudah semakin moden
namun semua ini tidak boleh di anak tirikan oleh kita semua. Ini kerana
kemahiran belajar itu amat penting dan paling asas yang dipelajari oleh semua orang
termasuk seorang doktor yang profesional sekalipun mahupun seorang guru yang
hebat. Semua orang akan bermula daripada bawah dan inilah yang dipelajari oleh
kita semua. Tipulah sekiranya seseorang itu menafikan yang mereka itu tidak
mempelajarinya.
Jadi
kita tidak hairan yang kemahiran belajar itu sepatutnya digunakan sampai
bila-bila. Tetapi mungkin kaedah-kaedah daripada kemahiran belajar itu kita
dapat memperbaharui dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman yang semakin
membangun dari segi teknologinya. Ini kerana pada zaman yang serba moden ini
kebanyakannya para santis membuat kajian yang lebih berkesan dalam perkembangan
otak pada zaman IT ini. Jadi sebagai seorang pelajar yang hidup dalam arus
globalisasi ini kita seharusnya mengambil inisiatif ini untuk mempelajari
kaedah-kaedah belajar secara lebih berkesan dalam pada itu dapat melonjakkan
prestasi akademik dalam setiap sekolah di Malaysia ini .
Menteri Pelajaran Malaysia seharusnya
mewujudkan salah satu mata pelajaran tambahan di sekolah bagi memberi
pendedahan awal kepada para pelajar supaya kemahiran belajar ini lebih berkesan
seiring dengan pembaharuan yang dilakukan oleh para saintis yang membuat kajian
agar kemahiran belajar lebih berkesan dan efektif untuk digunakan tetapi itu
tidak bermakna kemahiran belajar terpaksa diketepikan. Jadi kita seharusnya
mempraktikkan kemahiran belajar ini agar tidak tenggelam dek zaman.
Sebagai seorang pelajar yang masih lagi
mendokong kemahiran belajar kita seharusnya sentiasa memperaktikkan kemahiran
belajar ini walaupun dimana pun sahaja kita berada. Tidak kiralah samada di
kelas dan di sekolah ataupun dimana-man sahaja. Semua itu bergantung kepada
individu itu sendiri kerana Allha tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya.
Kesimpulannya,
kemahiran ini akan sentiasa digunakan sampai bila-bila kerana inilah asas yang
paling penting dalam dunia pendidikan .Bermulanya pendidikan seseorang individu
itu ialah daripada 3K iaitu kemahiran menulis, kemahiran membaca dan kemahiran
mendengar. Jadi kita sebagai seorang pelajar marilah kita sama-sama mendokong
kemahiran belajar agar digunakan sampai bila-bila agar tidak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas.
No comments:
Post a Comment