Sedikit perkongsian kerja kursus yang baru jer hantar semalam Jumaat 18 Oktober 2013...
Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tapi alhamdulillah akhirnya dah selamat hantar..lega rasanya hati ini..
Yang ini hanya soalan 2 jer untuk perkongsian dengan anda semua..hope you enjoy :)
Soalan 2 :
Anda dikehendaki membina satu blog pembelajaran yang
boleh digunakan untuk berkongsi maklumat. Huraikan dengan lebih jelas bagaimana
blog pembelajaran yang anda bina boleh membantu dalam meningkatkan pencapaian
akademik di kalangan pelajar.
Marcapada
ini, internet telah dilihat sebagai satu alat mengakses maklumat dan
pengetahuan secara global untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara
termasuklah dalam sektor pendidikan. Ia merupakan fenomena global yang tidak
asing lagi bagi kita yang mana telah banyak mempengaruhi cara dan norma
kehidupan kita di persada dunia. Internet telah merevolusikan dunia
perkomputeran dan komunikasi dunia pada hari ini dengan menggabungkan maklumat
dalam bentuk teks, peta minda, video dan animasi yang mana digunakan secara
meluas pada hari ini.
Hari
ini kebanyakannya maklumat dapat diperolehi daripada internet hanya dihujung
jari tidak kiralah dimana sahaja mereka berada. Begitu juga dengan blog. Blog
bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pencapaian akademik sekiranya digunakan
kearah kebaikan akan tetapi blog ini dapat memotivasikan diri seorang pelajar.
Pembacaan blog-blog ilmiah patut digalakkan dalam kalangan pelajar agar memberi
manfaat dan input yang berguna kepada para pelajar berbanding mereka melayari
internet dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Blog yang dibina
ini mempunyai peta minda yang mana dapat merangsang ingatan dan pemikiran para
pelajar terutamanya. Otak manusia ini cenderung kepada tiga perkara iaitu
gambar, kedudukan yang ditengah-tengah dan warna. Jadi dalam meningkatkan tahap
keupayaan otak bagi seseorang pelajar peta minda adalah salah satu kaedah dan
contoh yang terbaik bagi pelajar terutanya bagi mereka yang akan menduduki
peperiksaan yang penting iaitu UPSR,PMR,SPM dan STPM.
Selain itu, dengan kemahiran belajar yang telah
diterjemahkan ke dalam peta minda itu dan penjelasan bagaimana teknik dan
kaedah yang betul dalam mengaplikasikan kemahiran belajar. Kemahiran Belajar
amat perlu dititikberatkan oleh guru terhadap pelajarnya kerana teknik yang
salah akan merugikan masa pelajar itu dengan sia-sia tanpa sebarang makna. Jadi
pendedahan awal tentang teknik yang betul bukan sahaja melalui guru malahan
dapat dilihat dalam blog ini. Dengan ini para pelajar yang gemar mengunjungi
blog dapat membuat perubahan pada diri dan memperbetulkan yang salah dan
meningkatkan ke tahap yang lebih baik.
Saya petik kata-kata pepatah Inggeris “ to get the
succees we need to study smart but not study hard ”. Kata-kata ini memberi
makna yang cukup mendalam. Jika kita lihat daripada ayat diatas, tekun belajar
bukan dapat menjamin kejayaan tetapi belajar secara bijak merupakan jalan yang
lebih senang dalam mencapai kejayaan. Oleh sebab itu, pelajar sekolah perlu
didedahkan seawal mereka masih kecil lagi bak kata-kata pepatah “ melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Jika dididik dari awal maka senanglah di kemudian
hari.
Selain itu, melalui penulisan blog dapat mengasah
pemikiran pelajar secara lebih kreatif dan kritis. Pemikiran kreatif dikaitkan dengan
otak hemisfera bahagian kanan. Kalau dilihat rata-ratanya, potensi otak kanan
kurang diberi perhatian dalam proses pengajarandan pembelajaran. Oleh kerana
kurang dipupuk,ramai diantara kita yang tidak menonjolkan kreativiti dalam
kerja,malah timbul rasa malu dan takut dan malu untuk kreatif. Ini merupakan
suatu kerugian kepada kita khasnya sebagi seorang pelajar. Oleh itu, kemahiran
berfikir secara kreatif ini perlu ditekankan dan diasah di sekolah agar
sama-sama meningkatkan pencapaian akademik.
Melalui blog, pelajar akan dapat melihat perbezaan
sesuatu perkara atau idea dengan lebih tepat. Hakikatnya, melalui peta minda
sebenarnya mengelakkan pelajar daripada berfikiran sempit , kabur dan
terburu-buru yang mana peta minda itu membentuk sistem pengkelasan atau
klasifikasi dengan lebih tersusun dan secara sistematik.
Seterusnya ialah melalui penulisan blog dapat
memudahkan pembelajaran iaitu P&P dalam kelas yang mana dapat memudahkan
pengajaran guru malahan dapat membantu pelajar itu sendiri. Kesannya menjadikan
kita supaya lebih fokus kepada apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bertepatan
dengan tugasan ini yang mana kemahiran mengambil dan mencatat nota merupakan
kemahiran yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang pelajar. Sebagai
seorang pelajar pen dan kertas tidak boleh dipisahkan.
Melalui
blog juga dapat memperhalusi kemahiran belajar yang mana didalamnya terkandung
banyak input yang berguna dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai
seorang pelajar. Blog itu terkandung pelbagai kemahiran belajar yang mana amat
berguna untuk seseorang pelajar. Sebagai contohnya kemahiran menyelesaikan
masalah. Setiap orang menghadapi masalah tersendiri dan kemahiran menyelesaikan
masalah merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia tidak terlepas juga
kita sebagai seorang pelajar.
Ada
masalah yang dianggap sukar untuk diselesaikan dan ada masalah yang dianggap
mudah untuk diselesaikan. Sesuatu yang menjadi masalah dianggap masalah pada
kita mungkin tidak menjadi masalah pada orang lain. Oleh itu, kita khasnya
sebagai seorang pelajar yang selalu terbeban dengan masalah iaitu masalah
pembelajaran dapat mengambil inisiatif daripada blog ini dalam menyelesaikan
masalah yang mendatang.
Secara tuntasnya, blog mempunyai banyak kelebihan dan
manfaat yang mana bukan sahaja senang untuk dilawati tetapi juga dapat
meningkatkan pencapaian akademik terutamanya kepada insan yang bergelar seorang
pelajar. Dalam zaman serba moden, segalanya hanya hujung jari dan semua itu
hanya bergantung kepada kehendak diri kita sendiri sama ada mahu ataupun tidak.
Sama-samalah kita mengubahnya kearah yang lebih baik.