Friday, October 18, 2013

ConTOh TugasaN GKB 1053

Sedikit perkongsian kerja kursus yang baru jer hantar semalam Jumaat 18 Oktober 2013...
Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tapi alhamdulillah akhirnya dah selamat hantar..lega rasanya hati ini..
Yang  ini hanya soalan 2 jer untuk perkongsian dengan anda semua..hope you enjoy :)

Soalan 2 :
Anda dikehendaki membina satu blog pembelajaran yang boleh digunakan untuk berkongsi maklumat. Huraikan dengan lebih jelas bagaimana blog pembelajaran yang anda bina boleh membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar.

            Marcapada ini, internet telah dilihat sebagai satu alat mengakses maklumat dan pengetahuan secara global untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara termasuklah dalam sektor pendidikan. Ia merupakan fenomena global yang tidak asing lagi bagi kita yang mana telah banyak mempengaruhi cara dan norma kehidupan kita di persada dunia. Internet telah merevolusikan dunia perkomputeran dan komunikasi dunia pada hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, peta minda, video dan animasi yang mana digunakan secara meluas pada hari ini.

            Hari ini kebanyakannya maklumat dapat diperolehi daripada internet hanya dihujung jari tidak kiralah dimana sahaja mereka berada. Begitu juga dengan blog. Blog bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pencapaian akademik sekiranya digunakan kearah kebaikan akan tetapi blog ini dapat memotivasikan diri seorang pelajar. Pembacaan blog-blog ilmiah patut digalakkan dalam kalangan pelajar agar memberi manfaat dan input yang berguna kepada para pelajar berbanding mereka melayari internet dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Blog yang  dibina ini mempunyai peta minda yang mana dapat merangsang ingatan dan pemikiran para pelajar terutamanya. Otak manusia ini cenderung kepada tiga perkara iaitu gambar, kedudukan yang ditengah-tengah dan warna. Jadi dalam meningkatkan tahap keupayaan otak bagi seseorang pelajar peta minda adalah salah satu kaedah dan contoh yang terbaik bagi pelajar terutanya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu UPSR,PMR,SPM dan STPM.

Selain itu, dengan kemahiran belajar yang telah diterjemahkan ke dalam peta minda itu dan penjelasan bagaimana teknik dan kaedah yang betul dalam mengaplikasikan kemahiran belajar. Kemahiran Belajar amat perlu dititikberatkan oleh guru terhadap pelajarnya kerana teknik yang salah akan merugikan masa pelajar itu dengan sia-sia tanpa sebarang makna. Jadi pendedahan awal tentang teknik yang betul bukan sahaja melalui guru malahan dapat dilihat dalam blog ini. Dengan ini para pelajar yang gemar mengunjungi blog dapat membuat perubahan pada diri dan memperbetulkan yang salah dan meningkatkan ke tahap yang lebih baik.

Saya petik kata-kata pepatah Inggeris “ to get the succees we need to study smart but not study hard ”. Kata-kata ini memberi makna yang cukup mendalam. Jika kita lihat daripada ayat diatas, tekun belajar bukan dapat menjamin kejayaan tetapi belajar secara bijak merupakan jalan yang lebih senang dalam mencapai kejayaan. Oleh sebab itu, pelajar sekolah perlu didedahkan seawal mereka masih kecil lagi bak kata-kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika dididik dari awal maka senanglah di kemudian hari.

Selain itu, melalui penulisan blog dapat mengasah pemikiran pelajar secara lebih kreatif dan kritis. Pemikiran kreatif dikaitkan dengan otak hemisfera bahagian kanan. Kalau dilihat rata-ratanya, potensi otak kanan kurang diberi perhatian dalam proses pengajarandan pembelajaran. Oleh kerana kurang dipupuk,ramai diantara kita yang tidak menonjolkan kreativiti dalam kerja,malah timbul rasa malu dan takut dan malu untuk kreatif. Ini merupakan suatu kerugian kepada kita khasnya sebagi seorang pelajar. Oleh itu, kemahiran berfikir secara kreatif ini perlu ditekankan dan diasah di sekolah agar sama-sama meningkatkan pencapaian akademik.

Melalui blog, pelajar akan dapat melihat perbezaan sesuatu perkara atau idea dengan lebih tepat. Hakikatnya, melalui peta minda sebenarnya mengelakkan pelajar daripada berfikiran sempit , kabur dan terburu-buru yang mana peta minda itu membentuk sistem pengkelasan atau klasifikasi dengan lebih tersusun dan secara sistematik.

Seterusnya ialah melalui penulisan blog dapat memudahkan pembelajaran iaitu P&P dalam kelas yang mana dapat memudahkan pengajaran guru malahan dapat membantu pelajar itu sendiri. Kesannya menjadikan kita supaya lebih fokus kepada apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bertepatan dengan tugasan ini yang mana kemahiran mengambil dan mencatat nota merupakan kemahiran yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang pelajar. Sebagai seorang pelajar pen dan kertas tidak boleh dipisahkan.

            Melalui blog juga dapat memperhalusi kemahiran belajar yang mana didalamnya terkandung banyak input yang berguna dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Blog itu terkandung pelbagai kemahiran belajar yang mana amat berguna untuk seseorang pelajar. Sebagai contohnya kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap orang menghadapi masalah tersendiri dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia tidak terlepas juga kita sebagai seorang pelajar.

            Ada masalah yang dianggap sukar untuk diselesaikan dan ada masalah yang dianggap mudah untuk diselesaikan. Sesuatu yang menjadi masalah dianggap masalah pada kita mungkin tidak menjadi masalah pada orang lain. Oleh itu, kita khasnya sebagai seorang pelajar yang selalu terbeban dengan masalah iaitu masalah pembelajaran dapat mengambil inisiatif daripada blog ini dalam menyelesaikan masalah yang mendatang.


Secara tuntasnya, blog mempunyai banyak kelebihan dan manfaat yang mana bukan sahaja senang untuk dilawati tetapi juga dapat meningkatkan pencapaian akademik terutamanya kepada insan yang bergelar seorang pelajar. Dalam zaman serba moden, segalanya hanya hujung jari dan semua itu hanya bergantung kepada kehendak diri kita sendiri sama ada mahu ataupun tidak. Sama-samalah kita mengubahnya kearah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment