Friday, October 18, 2013

Cara MEnaip Pantas DAlam 4K+ 1F


Sambungan dari post saya yang terdahulu,saya mengambil masa selama lebih kurang 20 minit tanpa henti untuk menyelesaikan tugasan menaip yang mana saya diberi 3 helai tesis untuk ditaip tanpa menghiraukan sebarang jenis format. Namun, sebenarnya cara saya menaip tanpa henti ini sebenarnya sedikit berbahaya kepada diri. Ini kerana menaip dalam keadaan ang laam akan mengakibatkan posture badan terasa kekejangan. Jadi ini akan menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan dan juga akan melethkan otak. So, berehatlah seketika semasa meniap yer semua sambil makan-makan.

Disini saya ada sedikit perkongsian mengenai cara menaip dengan laju melalui cara 4K+ 1F...!!!

Ketepatan– dapat menaip dengan tepat dan profesional tanpa banyak melakukan kesalahan ejaan
(tiada lagi pembetulan dan baca semula)

Kepantasan – dapat menyiapkan kerja anda lebih cepat, menjimatkan masa dan anda mempunyai banyak lagi masa yang terluang.

Kesihatan – hanya melihat skrin komputer sahaja; kurangkan rasa lenguh pada jari dan tengkuk akibat menaip terlalu lama dan terpaksa melihat kedua-dua skrin dan papan kekunci  komputer.

Keyakinan – tiada lagi stress di tempat belajar kerana anda dapat menyiapkan segala tugasan berkomputer dengan lebih yakin.

Fokus – berfikir tentang apa yang anda ingin taip dan bukan lagi bagaimana anda hendak menaip!

Kesimpulannya, konsep 4K dan 1F sudah cukup dapat memberi motivasi  kepadasesiapa sahaja untuk mempelajari teknik menaip..

No comments:

Post a Comment